PEMBERITAHUAN PENTING

  1. Untuk makluman, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan membangunkan sistem pendaftaran pembekal dan aktiviti mengemaskini maklumat daripada pembekal sedang dijalankan. Oleh itu, kerjasama semua pembekal MPOB dipohon untuk mengemaskini dan menghantar maklumat syarikat untuk pengesahan MPOB.
  2. Syarikat yang ingin menyertai aktiviti perolehan MPOB dikehendaki mendaftar dengan MPOB. Walau bagaimanapun, pendaftaran tidak menjamin pembekal berdaftar dimasukkan secara automatik dalam aktiviti perolehan.
  3. Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) bagi setiap penyerahan (tidak boleh dikembalikan) untuk satu kali sahaja. Pembayaran hendaklah dibuat kepada MPOB melalui Perbankan Dalam Talian atau sebagainya.
  4. Tiada caj untuk mengemaskini maklumat pembekal. Sebarang perubahan kepada butir-butir syarikat mesti dikemukakan untuk kelulusan MPOB.
  5. Untuk maklumat lanjut dan/atau penjelasan, sila majukan pertanyaan kepada perolehan@mpob.gov.my atau hubungi di talian 03-87693948 (Puan Nur Farahanis) atau 03-87694267 (Puan Khadijah).
  6. Pendaftaran pembekal adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun. Pembaharuan permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 1 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kelewatan pembaharuan permohonan akan menjejaskan status pembekal sebagai pembekal berdaftar.
  7. MPOB berhak untuk menolak, menggantung atau menamatkan sebarang permohonan/pendaftaran tanpa sebarang notis dan tanpa memberikan sebarang sebab.

Lupa katalaluan ?

Masukkan alamat emel anda di bawah untuk menetapkan semula katalaluan anda.

Daftar ID

Masukkan maklumat syarikat

Masukan maklumat login